Saturday, November 26, 2011

Menyertai Fire X Ride Jamboree

Assalamualaikum. Hari ini terdetik di hati saya untuk mencoretkan sesuatu di blog. Tidak salah saya rasa sebagai seorang veteran juga, kita boleh melakukan sesuatu yang menguji daya kecergasan dan kecedasan kita.

Seperti kebiasaan, saya melawat http://malaysiacycling.blogspot.com/ untuk mendapat beberapa maklumat. Dan saya tertarik untuk menyertai Fire X Ride Jamboree yang akan diadakan pada tanggal 17 Disember 2011 bertempat di Dataran Keris, Alor Gajah tepat pada pukul 8.00 pagi.

Jamboree ini disertai lebih daripada 1200 orang peserta. Saya yakin mereka semua berkemampuan dan berpengalaman dalam berbasikal. Saya menetap di Seremban, Negeri Sembilan. Saya pasti peserta-peserta yang menyertai jamboree ini berasal dari berbagai-bagai negeri di Semenanjung Malaysia dan Singapura.

Saya menganggotai kumpulan Riggers yang telah menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan sebelum ini. Kami mendapat maklumat bahawa terdapat satu lagi kumpulan dari Negeri Sembilan iaitu Perpatih turut menyertai jamboree ini. Kami berasa sedikit tercabar tetapi kami sedar ini bukanlah untuk mengejar gelaran juara semata-mata tetapi ingin menguji tahap kecergasan diri kita. Justeru itu, kita harus mengambil ini sebagai satu cabaran yang sihat.


Antara hadiah yang akan diberi ialah jersey, goodies, cabutan bertuah dan cabutan bertuah utama, sebuah motorsikal lasak. Namun bukan itu sahaja yang diharapkan. Setiap peserta yang menyertai jamboree pasti ingin menyudahkan kayuhan hingga ke garisan penamat. Oleh yang demikian, persiapan haruslah dilakukan secukupnya. Jom kayuh!

Wednesday, November 23, 2011

Fallen Riders - PD Forest MTB Challenge

The pain and glory of mountain biking. I just realized the event thought to be decent had its own crashed stories. At least 2 riders caught on camera had thier day least to be remembered.
I too had my own share at Riggers' favourite trail but without fractured or broken bones. Just minor scratches.
Just plain unlucky
Medical attention required
Images courtesy of Corus Hotel.

Tuesday, November 22, 2011

PD Forest MTB Challenge - October 15th 2011

This is very late update but I did join this event during my recent birthday.The first attempt by the organizer to held such event. Except for the small river crossing and limited water stations I was not complaining much.
Lucky draw saw me getting a water bottle. More pictures in this link Event photos.

Event Flyer

Riggers

Sunday, November 20, 2011

Cuti sekolah dan perkahwinan

Rumah Tuan Haji Yazid (abang kepada MB N.S) ada majlis. Kelihatan MB beramah mesra dengan tetamu. Saya tidak berhajat nak bersalam dengan MB. Tujuan saya adalah kenduri. Selepas berjumpa kepada tuan rumah, terus menjamu selera. Selesai makan, sekali lagi berjumpa tuan rumah, bersalaman kaut dan terus meninggalkan majilis.

Jemputan pertama kenduri kahwin untuk cuti akhir tahun sekolah 2011.