Assalamualaikum. Hari ini terdetik di hati saya untuk mencoretkan sesuatu di blog. Tidak salah saya rasa sebagai seorang veteran juga, kita boleh melakukan sesuatu yang menguji daya kecergasan dan kecedasan kita.
Seperti kebiasaan, saya melawat http://malaysiacycling.blogspot.com/ untuk mendapat beberapa maklumat. Dan saya tertarik untuk menyertai Fire X Ride Jamboree yang akan diadakan pada tanggal 17 Disember 2011 bertempat di Dataran Keris, Alor Gajah tepat pada pukul 8.00 pagi.
Jamboree ini disertai lebih daripada 1200 orang peserta. Saya yakin mereka semua berkemampuan dan berpengalaman dalam berbasikal. Saya menetap di Seremban, Negeri Sembilan. Saya pasti peserta-peserta yang menyertai jamboree ini berasal dari berbagai-bagai negeri di Semenanjung Malaysia dan Singapura.
Saya menganggotai kumpulan Riggers yang telah menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan sebelum ini. Kami mendapat maklumat bahawa terdapat satu lagi kumpulan dari Negeri Sembilan iaitu Perpatih turut menyertai jamboree ini. Kami berasa sedikit tercabar tetapi kami sedar ini bukanlah untuk mengejar gelaran juara semata-mata tetapi ingin menguji tahap kecergasan diri kita. Justeru itu, kita harus mengambil ini sebagai satu cabaran yang sihat.
Antara hadiah yang akan diberi ialah jersey, goodies, cabutan bertuah dan cabutan bertuah utama, sebuah motorsikal lasak. Namun bukan itu sahaja yang diharapkan. Setiap peserta yang menyertai jamboree pasti ingin menyudahkan kayuhan hingga ke garisan penamat. Oleh yang demikian, persiapan haruslah dilakukan secukupnya. Jom kayuh!
No comments:
Post a Comment